YS1975: PROJEK DIY SMARTPHONE PROJECTOR

UMAR DHIYAULHAQ BIN MOHD RAZALI Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0500 | 1 Likes | 20 Views | 23 times | LS: 24.1
Like it? | Support them now!

Kami daripada Kumpulan 6 kelab STEM SMSAAB menghasilkan satu projek iaitu DIY Smartphone Projector. Projek ini bertujuan untuk mengatasi masalah utama iaitu kos tinggi dan akses terhad kepada peralatan projektor yang biasa digunakan di sekolah atau rumah. Objektif utama projek ini adalah untuk mencipta sebuah projektor yang mudah dibina, murah, dan boleh digunakan oleh semua golongan pelajar. Antara bahan yang digunakan termasuk kotak kasut, kanta pembesar, pita pelekat, telefon pintar, pisau pemotong dan cat hitam. Proses pembinaan ini turut memupuk kemahiran berfikir secara kreatif, kerja berpasukan dan menyelesaikan masalah. Kesimpulannya, projek  ini sangat berguna sebagai alat bantu pembelajaran yang menyeronokkan, menjimatkan kos dan memberi pengalaman praktikal kepada pelajar.