YS2447: DCILIs

NUR ALYA MAISARA BINTI MOHD ASMARUDIN SM TEKNIK KUALA TERENGGANU

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.2000 | 3 Likes | 15 Views | 25 times | LS: 28.6
Like it? | Support them now!

Projek inovasi dCILIs ialah satu mesin yang direka khas untuk petani bagi mengasingkan cili kepada dua gred bagi memastikan kualiti cili yang tinggi. Produk ini dapat memilih cili yang memenuhi piawaian tertentu serta meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan cili dengan mengurangkan masa dan tenaga kerja manual. Dalam pada itu, produk ini juga dapat memudahkan operasi pemasaran kerana cili yang telah digred mampu menarik minat pembeli dan boleh dijual pada harga yang lebih tinggi. Di samping itu, produk ini juga dapat mengurangkan pembaziran dengan mengasingkan cili yang kurang berkualiti untuk kegunaan lain seperti pemprosesan cili kering, serbuk cili dan sos. Mesin ini mempunyai beberapa ciri utama seperti sensor pintar untuk mengesan saiz, warna dan tahap kesegaran cili, serta paparan digital yang menunjukkan statistik penggredan. Fungsi utama mesin ini ialah menggred cili secara automatik, menyimpan data kuantiti dan memisahkan cili mengikut kategori. Keunikan dCILIs terletak pada reka bentuk mudah alih, tahan lasak dan teknologi pemprosesan imej yang jarang digunakan dalam sektor pertanian kecil. Inovasi ini dijangka memberi impak besar kepada komuniti petani kerana ia dapat meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa, dan menjana pendapatan yang lebih tinggi. Harapan kami adalah agar mesin dCILIs ini menjadi peralatan standard di kawasan penanaman cili dan memperkukuh daya saing produk tempatan di peringkat global.