MUHAMMAD FAIZ HAKIMI BIN AZRI SMK TELOK KUMBAR
Penapis Air dihasilkan untuk membantu menapis air yang kotor supaya menjadi lebih bersih dan selamat digunakan. Penapis ini menggunakan beberapa lapisan bahan seperti batu kerikil, pasir halus, arang dan kapas bagi menyingkirkan kotoran serta mengurangkan bau yang tidak menyenangkan. Kajian ini dijalankan melalui proses reka bentuk, pembinaan dan pengujian penapis air. Hasil ujian menunjukkan bahawa air yang ditapis menjadi lebih jernih berbanding sebelum ditapis. Projek ini membuktikan bahawa penapis air yang mudah dan kos rendah dapat membantu meningkatkan kualiti air untuk kegunaan harian.