PR1013: PORTAL CHAT AI KOKURIKULUM PIS

ALYYATI BINTI MOHD TALIB POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

Kajian ini dijalankan bagi menangani masalah kelewatan capaian maklumat dan pertanyaan berulang dalam pengurusan kursus kokurikulum di Politeknik Ibrahim Sultan. Kajian bertujuan menilai keberkesanan Portal Chat AI Kokurikulum PIS berasaskan ChatGPT dalam membantu pelajar mendapatkan maklumat secara cepat dan mudah. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif melibatkan pelajar semester 1 dan 2 sesi 2024/2025 hingga 2025/2026. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik skala Likert dan dianalisis menggunakan SPSS. Dapatan menunjukkan tahap penerimaan dan kepuasan pengguna adalah tinggi. Kajian membuktikan chatbot AI relevan, praktikal dan berkesan menyokong transformasi digital pendidikan TVET.