SS1842: KIT SiBuDiK-BEZ

Adeline Mary James Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kit SiBuDiK-BEZ ialah inovasi pengajaran berasaskan pembelajaran terbeza untuk membantu murid Tahun 3 membina ayat. Ia menggunakan bahan digital sepenuhnya dan berasaskan formula “Siapa + Buat Apa + Di Mana + Keterangan”. “BEZ” merujuk kepada pengajaran fleksibel mengikut keupayaan murid. Terdapat dua jalur iaitu arus perdana melibatkan aktiviti gaya permainan Candy Crush dan kuiz interaktif melalui Canva AI, manakala jalur pemulihan melibatkan bacaan video serta kuiz berdasarkan suku kata asas KV+KVK dengan Canva AI dan Elevenlabs. Kit ini menyeronokkan, kos efektif, menyokong Pembelajaran Abad ke-21 dan selari dengan PPPM dan KSSR yang menekankan pembelajaran berpusatkan murid serta pemerkasaan digital dalam PdPc.