SS144: Kesahan Modul Storytelling Sayur-Sayuran Dalam Kalangan Kanak-Kanak (The Validity Of Vegetables Storytelling Module Among Children)

ANBARASI A/P MOHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Abstrak: Pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak adalah elemen penting untuk pertumbuhan fizikal, perkembangan mental dan pembentukan tabiat pemakanan sihat sejak usia muda. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan Modul Sayur Kawan Saya, satu modul ‘storytelling’ yang direka untuk meningkatkan penerimaan kanak-kanak terhadap sayur-sayuran. Modul ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE dan teori Konstruktivisme Sosial. Tujuan pembinaan modul ini untuk menanamkan sikap positif terhadap pengambilan makanan sihat melalui kisah dan latihan yang menarik.. Seramai 10 orang guru sekolah rendah terlibat dalam penilaian modul ini menggunakan Soal Selidik Penilaian Modul yang menggunakan skala Likert lima mata. Dapatan menunjukkan kesahan kandungan modul adalah tinggi dengan indeks kesahan keseluruhan sebanyak 90.3%. Panel guru menyatakan bahawa modul ini berkesan kerana kandungannya mudah difahami, mempunyai ilustrasi yang menarik dan mempunyai keupayaan untuk menyampaikan maklumat tentang nutrisi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, terdapat cadangan untuk meningkatkan latihan pengukuhan untuk memenuhi keperluan perkembangan kanak-kanak. Kajian ini memberi sumbangan penting dalam pendidikan pemakanan awal kanak-kanak dan membangunkan modul cerita yang lebih baik. Hasil kajian ini akan membantu pendidik, pembina modul dan penggubal dasar untuk meningkatkan pendidikan pemakanan di sekolah rendah. 

Kata kunci: Modul Storytelling, Pemakanan Sihat, Kanak-Kanak, Kesahan Kandungan, Pendidikan Pemakanan

Abstract: Healthy nutrition among children is an important element for physical growth, mental development, and the formation of healthy eating habits from a young age. This study aims to evaluate the validity of the My Vegetable Buddy Module, a storytelling module designed to enhance children's acceptance of vegetables. This module was developed based on the ADDIE model and Social Constructivism theory. The purpose of constructing this module is to instill a positive attitude towards healthy eating through engaging stories and exercises. A total of 10 primary school teachers were involved in the evaluation of this module using the Module Evaluation Questionnaire, which employs a five-point Likert scale. The findings indicate that the content validity of the module is high, with an overall validity index of 90.3%. The teacher panel stated that the module is effective because its content is easy to understand, has engaging illustrations, and has the ability to convey information about nutrition to children. However, there are suggestions to enhance reinforcement training to meet the developmental needs of children. This study makes an important contribution to early childhood nutrition education and the development of better story modules. The results of this study will help educators, module developers, and policymakers to improve nutrition education in primary schools. 

Keywords: Healthy Nutrition, Storytelling, Early Childhood Education, Module Development, Vegetable Acceptance