SS1802: GAMIFIKASI: MISI TANGLUNG WARISAN

Herina Binti Hazle Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

Projek inovasi ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid Tahun 6 melalui pendekatan gamifikasi bertemakan kebudayaan Tanglung Cina. Pembangunan inovasi ini dirangka sepenuhnya berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi memastikan kandungan pembelajaran memenuhi piawaian pendidikan kebangsaan yang ditetapkan. Melalui integrasi elemen permainan seperti cabaran interaktif dan aktiviti bertahap, murid didedahkan kepada teks informatif mengenai tradisi tanglung untuk mengukuhkan pemahaman bacaan, seterusnya diaplikasikan dalam aktiviti mencatat nota. Hasil penggunaan projek ini menunjukkan impak positif terhadap tahap penglibatan murid serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Secara keseluruhannya, inovasi ini membuktikan bahawa gabungan elemen merentas kurikulum (EMK) dan teknologi mampu memperkasakan literasi bahasa Melayu murid di samping memupuk apresiasi terhadap kepelbagaian budaya di Malaysia.