JS1403: KIT BP DSP

NUR DURRAH HANI BINTI RAZALI SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG

VIC26 | Junior Scientist

CR: 0.2500 | 1 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 2.3
Like it? | Support them now!

Kit BP DSP merupakan inovasi pembelajaran Bahasa Melayu yang direka bagi membantu murid Tahap 2 yang belum menguasai kemahiran membina dan menulis perenggan bagi menyatakan pendapat secara kritis dan kreatif daripada bahan multimedia selaras dengan Standard Pembelajaran 3.2.1. Kit BP DSP bermaksud B untuk bina, P untuk pendapat, D untuk dalam, S untuk satu dan P untuk perenggan. Objektif utama Kit BP DSP direka adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis perenggan secara sistematik, menarik dan mudah difahami. Pelaksanaan inovasi ini menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid melalui bahan grafik, teknik SAKU, penggunaan QR dan didik hibur. Penggunaan konsep gerabak keretapi merupakan ciri istimewa inovasi ini kerana murid didedahkan cara membina pendapat dalam perenggan lengkap langkah demi langkah. Impaknya dapat menghasilkan murid yang dapat berfikir secara kritis, yakin dan mampu membina perenggan yang lengkap dengan pendapat sendiri. Kesimpulannya, Kit BP DSP ini berkesan sebagai bahan bantu mengajar yang inovatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.