HAWARIYAH BINTI RAHIM POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
Final Year Project Evaluation System (FyPES) versi 2 dibangunkan bagi menangani kelemahan dan menambahbaik cara penilaian projek akhir khususnya semasa pertandingan projek inovasi yang dijalankan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Sistem ini diguna pakai oleh semua jabatan (Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer) yang menyertai pertandingan-pertandingan ini. Tujuan projek ini dibangunkan adalah untuk menangani kelemahan dan menambahbaik cara penilaian projek akhir pelajar khususnya semasa pertandingan inovasi, memudahkan proses pengiraan markah serta penentuan pemenang/anugerah dapat ditentukan secara terus (real-time) setelah selesai panel memasukkan markah, mengurangkan penggunaan kertas rubrik yang perlu dicetak bagi setiap program dari setiap jabatan, dan menyokong kepada lean management yang mana sistem ini mempunyai long-team goals ke arah cara kerja yang lebih sistematik. Penyelaras Projek Akhir Politeknik (Admin), Penyelaras Projek Jabatan dan Panel Penilai merupakan kumpulan fokus bagi sistem ini. Antaramuka (interface) sistem dibangunkan mengunakan perisian Adobe Dreamweaver manakala pangkalan data menggunakan MySQL dan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan. Ujilari sistem telah dibuat bagi memastikan sistem berfungsi seperti ketetapan yang telah dipersetujui bagi memenuhi keperluan penilaian.