SITI ASYFA RANIA BINTI MOHD IZUDDIN SK TASEK APONG
"Smart Lemang Packaging" merupakan kotak pembungkusan lemang yang akan memudahkan para pembeli untuk memotong lemang dan memastikan lemang sentiasa berada dalam keadaan panas. Produk ini dapat menyelesaikan isu kekurangan buluh lemang kerana buluh boleh digunakan semula. Pembeli tidak lagi perlu mencari parang untuk membuka buluh lemang dan risau dengan masalah pisau melekit ketika memotong lemang. Dengan kewujudan produk ini, para pembeli lemang boleh menikmati lemang dengan mudah dan pantas.