NUR AISYA NAYLI BINTI MOHAMAD NIZAM KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG
Lipbalm merupakan produk penjagaan bibir yang diformulasikan untuk melindungi, melembapkan, dan
memperbaiki keadaan kulit bibir yang kering atau merekah. Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan
lipbalm semula jadi berasaskan bahan utama seperti madu, petroleum jelly, dan pewarna semula jadi. Madu
bertindak sebagai agen pelembap dan antibakteria, manakala petroleum jelly berfungsi sebagai penghalang
pelindung untuk mengelakkan kehilangan lembapan. Pewarna semula jadi digunakan bagi memberikan
tarikan estetik tanpa menjejaskan keselamatan pengguna. Produk ini diformulasi dengan mengambil kira
aspek kelembutan, keberkesanan dan kesesuaian untuk semua jenis kulit. Ujian awal menunjukkan bahawa
lip balm ini mampu memberi kelembapan tahan lama serta meningkatkan kelembutan bibir dengan
penggunaan berterusan. Inovasi ini turut memberi nilai tambah dalam segmen kosmetik semula jadi,
menyokong keperluan pengguna yang semakin cenderung ke arah bahan ramah alam dan bebas bahan
kimia.