MUHAMMAD ILMAN BIN MOHD HAFIZAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KERAMAT
Produk ‘MinuKraf’ dihasilkan daripada kotak minuman terpakai atau tetrapak. Kotak tetrapak ini diguna semula dengan membentuknya menjadi alat tulis. Penyataan masalah: Longgokan sampah tetrapak menyebabkan pelepasan gas metana yang memberi kesan pemanasan global dan menyebabkan perubahan cuaca ekstrim. Antara sampah yang banyak dibuang ialah kotak minuman yang diperbuat daripada tetrapak. Tetrapak mengambil masa agak lama untuk mereput kerana mengandungi 30 peratus kandungan plastik dan aluminium di dalamnya. Oleh itu, satu inisiatif diambil untuk mengguna semula kotak tetrapak ini dalam bentuk yang lebih kreatif, estetik dan bermanfaat. Projek ini mendokong Matlamat Pembangunan Mampan ke-12 (SDG12). Tujuan: Untuk mengguna semula kotak tetrapak terbuang dengan menghasilkan produk harian yang bermanfaat dan mengandungi nilai estetik. Alat dan bahan: Kotak tetrapak terpakai, resin epoksi, bahan pengeras resin, acuan silikon dan hiasan tambahan. Kaedah: Kotak tetrapak dipotong halus atau dikisar kasar. Kepingan kecil atau kisaran kasar tetrapak ini dicampur dengan resin epoksi dan pengeras resin didalam acuan silikon. Campuran dibiarkan kering dan kemasan dibuat selepas kering. Hasil campuran kepingan kecil tetrapak dan epoksi resin boleh dijadikan rantai kunci, penanda buku, pen, pasu kecil dan tempat letak telefon. Kelebihan produk: Produk ini mempunyai nilai estetika kerana rupanya yang menarik. Produk ini juga mempunyai nilai komersial yang tinggi di kalangan murid sekolah dan orang awam yang berminat memilikinya. Kesimpulan: Selain boleh menggalakkan kreativiti dan keusahawanan di kalangan murid, produk berasaskan tetrapak ini boleh membantu menyemai kesedaran memelihara alam sekitar di kalangan ahli masyarakat terutamanya murid.