JS2182: Penguasaan KVKV Dengan Menggunakan KIT SUKU KATA WOW

SHARUMATHI RAJ A/P SIVARAJ SJKT LADANG BANOPDANE

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 10 times | LS: 10.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk melihat sejauhmana "teknik suku kata wow"dapat membantu meningkatkan kemahiran suku kata KVKV dalam kalangan kanak-kanak tahap 1.ia berfokus kepada usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 9 tahun. Fokus utama PDPC yang berpusatkan murid, menekankan kepada aktiviti yang melibatkan murid aktif disamping mereka berseronok menjalani pembelajaran yang diikuti. Aktiviti berbentuk hands on, minds on dapat menyemai pembejaran murid-murid ke tahap optimum. KIt Suku Kata Wow pastinya memberi impak yang positif kepada murid yang kurang memahami dan kurang mahir dalam menguasai suku kata KVKV jika menggunakan kit berterusan. Selain itu murid dapat menghafal banyak perkataan kerana setiap pusingan perkataan akan diubah atau ditambah.