YS1096: OCEAN MINI PIE

NURIN NABIHAH BINTI ZULKIFLI KOLEJ VOKASIONAL KUALA BERANG

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 16 times | LS: 16.0
Like it? | Support them now!

Ocean Mini Pie diilhamkan daripada asam keping dan bunga telang yang dijadikan sebagai bahan pewarna pai. Kebiasaannya asam keping digunakan sebagai bahan perisa menambah rasa kemasaman dalam pelbagai masakan Melayu seperti masakan asam pedas. Produk ini tercipta kerana kebanyakkan masyarakat zaman sekarang hanya menggunkan asam keping sebagai penyedap rasa sekaligus dapat mempelbagaikan rasa dan resepi yang unik bagi menarik perhatian masyarakat umum. Dapat memanfaatkan khasiat asam keping dalam penghasilan pai. Selain itu, permintaan asam keping mungkin akan meningkat dipasaran. Campuran rasa masam dan manis asam keping tersebut ianya sesuai dimakan pada setiap peringkat umur. Tidak ketinggalan juga dengan khasiatnya yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Asid hidroksisitrik memainkan peranan yang penting dalam mengawal selera makan dan mengawal berat badan. Objektif inovasi ialah untuk mempelbagaikan fungsi asam keping dalam produk tersebut. Selain itu, menilai kualiti produk dengan hasil tambah menggunakan asam keping dalam pai. produk yang diinovasikan ini dapat diterima oleh masyarakat dengan keunikan rasa produk ini. Pembuatan inti dimulakan dengan didihkan asam keping yang telah dicincang secara halus dan sedikit air. Seterusnya, masukkan gula apabila air rebusan telah mendidih. Campurkan bancuhan susu tepung dan tepung kastard bagi memekatkan jem pai tersebut. Kacau sehingga jem menjadi pekat. Penambahbaikan yang perlu dilakukan adalah tidak membuat tart shell yang terlalu tebal dan perlu dibakar lebih lama agar lebih rapuh. Selain itu inti perlu lebihkan asam gelugor agar rasa masam lebih dirasai. Dari segi rupa dan tekstur perlu ditambahbaik dari segi warna dan rupanya supaya lebih menonjol hasil produk yang dihasilkan