MUHAMMAD NUWAIR HAZIQ BIN NAZLIN SMK TAMAN RIA JAYA
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan. Fokus utama projek inovasi dalam pembelajaran abad ke-21 ini ialah ujian tekan tubi atau tekan tubi ubah suai. Cara pelaksanaan ujian tekan tubi perlu perlu diberi penambahbaikan untuk mendapatkan data keputusan ujian yang lebih tepat berbanding kaedah yang sedia ada kini. Kaedah sedia ada kini adalah masa ditetapkan selama satu minit menggunakan stop watch.Perekodan lakuan tekan tubi yang betul iaitu murid perlu menyentuh span (10 cm tinggi) juga sukar ditentukan.Untuk tujuan itu kami membangunkan sebuah peranti SEGAK SMARTBUZZ V5.0 Penghasilan SEGAK SMARTBUZZ V5.0 ini ialah untuk menggantikan penggunaan span semasa bateri ujian SEGAK iaitu tekan tubi dilaksanakan. Tujuan SEGAK SMARTBUZZ ialah untuk mendapatkan data yang lebih tepat melalui isyarat buzer dan sensor sentuh serta LCD panel. Masa juga ditetapkan dengan menggunakan pemasa automatik yang disambungkan dengan pembaz.Peranti ini menjadikan tugasan guru ketika pelaksanaan ujian segak menjadi lebih mudah dan merupakan satu perubahan terkini untuk amalan baik sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.