YS466: TerraBin

ASHRAF MYQAEL BIN SUHAILY SMK SANDAKAN

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 23 times | LS: 23.0
Like it? | Support them now!

Pembuangan sampah yang berlebihan di kawasan Kg Sim-sim Sandakan serta Kg Tinusa telah membuka mata dan minda para pengunjung tentang tenatnya keadaan pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran air di kawasan ini. Hal ini telah memberi kesan yang sangat buruk kepada kawasan perairan dan pantai apabila semua sisa buangan domestik dan sampah sarap dibuang ke dalamnya yang menyebabkan kawasan perairan akan dipenuhi bahan-bahan terbuang dan plastik sampah yang terapung pada permukaan air sungai. Dan hidupan laut juga terjejas akibat pembuangan sampah ini. Seiring dengan masalah pencemaran ini, sebuah inovasi TerraBin dicipta untuk menyelesaikan masalah yang didapati, sejajar dengan SDG 6 (Clean Water and Sanitation) dan SDG 14 (Life below water), inovasi ini mampu mengekalkan kelestarian alam sekitar dan sekaligus menyelamatkan dari kepupusan hidupan laut. Fungsi Terrabin ini ialah mengumpul dan mengutip sampah-sampah di permukaan air secara automatik dengan menggunakan sensor jarak dan akan mengutip sampah jika ia mengesan terdapat sampah yang berdekatan dengannya. TerraBin bermaksud alat pengutip sampah dilaut yang dibentuk seperti Kura-kura Terrapin yang mempunyai badan geometri octagon, maka, TerraBin adalah gabungan perkataan Terrapin dan Seabin. Produk ini dapat digunakan secara meluas kerana mudah digunakan dan bahan-bahan yang digunakan mudah didapati daripada bahan kitar semula. Inovasi ini dapat melestarikan alam sekitar dan pencemaran sungai dapat ditangani dengan kadar segera supaya generasi pada masa hadapan dapat merasai dan menikmati alam sekitar yang diwarisi daripada kita tanpa sebarang pencemaran.