YS2206: APAKEG (ALAT PANGGILAN KECEMASAN GSM)

NUR ALEESHA BINTI MANSUR SMK TITINGAN TAWAU

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.4000 | 34 Likes | 85 Views | 24 times | LS: 71.6
Like it? | Support them now!

Sebanyak 710 kes kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dilaporkan hilang bermula Januari sehingga November tahun 2023. Analisa dan kajian kes daripada statistik PDRM mendapati salah satu punca kehilangan kanak- kanak ialah melalui kes jenayah iaitu penculikan. Justeru itu kebimbangan ibu bapa terhadap keselamatan pelajar adalah sangat tinggi di SMK Titingan Tawau kerana 70% pelajar berjalan kaki untuk pergi dan balik ke sekolah. Medium untuk berhubung dengan ahli keluarga yang paling cepat dan berkesan sekiranya berlaku kecemasan adalah dengan menggunakan telefon. Akan tetapi larangan membawa dan menggunakan telefon bimbit ke sekolah telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melalui surat pekeliling ikhtisas bil 2/2009. Justeru itu kami menghasilkan inovasi sebuah alat panggilan kecemasan menggunakan teknologi Global System for Communication (GSM) yang dapat menghubungi pihak keluarga sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Ahli keluarga seterusnya boleh membuat laporan ke balai polis berdekatan dan pihak polis mempunyai akses untuk mengetahui lokasi terakhir panggilan kecemasan itu dibuat.