YS516: SODIUM DISHWASHING PASTE

HAWA DALILA BINTI MD FUAD SHAH SMK PUNCAK ALAM

Isu pencemaran alam sekitar akibat pembuangan minyak masak terpakai secara tidak sistematik telah memberi kesan buruk terhadap ekosistem dan kebersihan persekitaran. Menyedari keperluan menangani masalah ini, inovasi Sodium Dishwashing Paste diperkenalkan sebagai satu penyelesaian lestari yang praktikal dan berimpak. Objektif utama inovasi ini adalah untuk mengitar semula minyak masak terpakai menjadi pes pencuci pinggan yang selamat, berkesan dan mesra pengguna. Idea ini dibangunkan berasaskan konsep tindak balas saponifikasi di mana minyak bertindak balas dengan natrium hidroksida atau kalium hidroksida bagi membentuk sabun asas yang kemudian diformulasikan semula menjadi pes/cecair . Produk ini mampu menanggalkan kotoran berminyak dengan efisien dan tidak merengsakan kulit. Dari aspek impak, inovasi ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa buangan dapur malah dapat meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan kitar semula dan inovasi hijau. Implikasinya, produk ini mempunyai potensi komersial sebagai alternatif mesra alam kepada sabun pencuci pinggan sedia ada di pasaran.