NUR AQILAH ZULAIKHA BINTI AZMAN KOLEJ VOKASIONAL DATO UNDANG HAJI MUHAMAD SHARIP
Sling On The Go merupkakan produk inovasi 2-dalam-1 yang menggabungkan fungsi beg silang dan apron dalam satu reka bentuk pintar. Inovasi ini dibangunkan untuk menangani isu keselamatan melibatkan risiko kecederaan daripada alatan tajam yang tidak disimpan rapi, serta masalah ketidakcekapan masa akibat susunan peralatan yang tidak sistematik. Selain itu, produk ini menyokong kelestarian alam sekitar dengan menggunakan lebihan sisa fabrik sebagai bahan utama bagi mengurangkan lambakan sisa fabrik. Rekaan ini dilengkapi dengan sistem poket strategik, tali boleh laras, klip buka-pasang, dan span keselamatan untuk perlindungan maksimum. Impak utamanya merangkumi pengurangan risiko kecederaan dan peningkatan produktiviti melalui pengurusan alatan yang sistematik. Dengan rekaan yang eksklusif, ringan, dan praktikal, ia sesuai digunakan untuk gaya kasual mahupun profesional. Dengan kos pengeluaran yang rendah dan reka bentuk eksklusif yang praktikal, Sling On The Go mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan kepada institusi pendidikan, komuniti fesyen, dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Kata kunci: Sling On The Go, Tailor Go Sling, Inovasi 2-dalam-1, Sisa Fabrik, Keselamatan, Produktiviti.