MUHAMMAD AMRAN HAKIMI BIN MOHD NORHASBULLAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2
Pembangunan bandar pintar merupakan salah satu agenda dalam PLAN Malaysia. Hal ini bagi mendepani era digitalisasi serta evolusi industri 4.0 (IR4.0). Struktur bandar pintar yang diwartakan oleh PLAN Malaysia adalah akses digital tanpa had, penggunaan digital oleh semua Masyarakat, system pembayaran secara digital dan penggunaan tenaga secara pintar. Oleh yang sedemikian, Kumpulan STARX, SK Bandar Penawar 2, Kota Tinggi Johor telah membina satu aplikasi bagi menyahut seruan Kerajaan serta melengkapkan diri untuk Ppertandingan International Virtual Innovation. Aplikasi ini tercetus daripada tiga isu utama yang berlaku di Desaru, iaitu peningkatan kes kecurian di kawasan perumahan, sistem pengurusan sampah yang kurang cekap, serta sistem pembayaran parkir yang masih menggunakan kaedah manual. Smart Desaru menampilkan empat komponen utama: Smart Environment, Smart Parking, Smart Life, dan Smart Education. Melalui Smart Environment, pengguna boleh melaporkan jenis sisa buangan yang perlu diuruskan pihak berkuasa. Smart Parking pula menawarkan kaedah pembayaran parkir secara digital, yang lebih efisien untuk pengguna, terutamanya pelancong. Smart Life menyenaraikan maklumat penting berkaitan perkhidmatan kecemasan seperti balai polis, bomba dan klinik kesihatan, yang dihubungkan terus dengan Google Maps. Sementara itu, Smart Education memaparkan senarai institusi pendidikan di Desaru bagi memudahkan pencarian dan navigasi. Aplikasi ini diharap dapat menyumbang kepada pembangunan bandar pintar dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.