YS1966: Cocopeat Battery (CoCoBa)

MUHAMAD ADAM HAIKAL BIN MOHD HARIS FADILLAH SMK TELOK KUMBAR

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 3 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Kajian ini membangunkan Cocopeat Battery (CoCoBa) sebagai sumber tenaga alternatif bagi menggantikan bateri AA konvensional yang mengandungi bahan kimia berbahaya. Berasaskan konsep sel kimia, CoCoBa menggunakan elektrod magnesium dan kuprum, manakala campuran cocopeat, air garam, serta air limau kasturi berfungsi sebagai elektrolit semula jadi.
Hasil kajian menunjukkan CoCoBa mampu menghasilkan voltan sehingga 1.6V, setaraf dengan kekuatan bateri AA biasa. Inovasi hijau ini mampan, selamat, dan bebas kos kerana memanfaatkan sisa pertanian, sekali gus mengurangkan pencemaran sisa logam berat demi kelestarian alam sekitar.