JS1513: PROJEK GIC

KHAIRUL ASYRAF HAFIZH BIN KHAIRULAZRI SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT TIN

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0213 | 1 Likes | 47 Views | 24 times | LS: 25.0
Like it? | Support them now!

Projek GIC ini adalah salah satu inovasi dalam bidang pendidikan dan pertanian. GIC adalah singkatan Growing In Class yang bermaksud tumbuh di dalam kelas. Projek ini sesuai digunakan untuk mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi dan Sains. Murid-murid akan lebih memahami berkaitan pertumbuhan sayur-sayuran. Projek ini berfungsi sebagai tapak semaian biji benih sayur-sayuran sebelum diubah ke pot tanaman. Ianya sangat mudah dikendalikan oleh murid-murid dan boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah. Dengan meletakkan projek ini di dalam kelas, ianya dapat menyemai sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid. Kelas juga akan bertambah cantik dan menarik. Projek ini juga dapat membantu mengurangkan masa untuk menunggu hasil sayuran membesar kerana sayuran tersebut telah membesar di dalam kelas selama 10 hari sebelum dipindahkan ke pot tanaman. Projek ini sesuai untuk sayuran berdaun kerana saiz sayuran berdaun tidak besar. Contoh sayuran berdaun seperti salad, sawi, kangkung, kailan dan bayam. Projek ini menggunakan bahan kitar semula yang secara tidak langsung dapat melindungi alam dan mengurangkan sisa buangan. Projek ini mengunakan botol minuman, bekas sabun, sabut kelapa, plastik dan bekas terpakai. Projek ini dapat mendidik masyarakat dan mengubah persepsi masyarakat untuk menggunakan semula bahan terpakai dalam kehidupan seharian.