JS1448: X-BOAT

JOBERTHLEE ANAK WIDY SJK CHUNG HUA SIMUNJAN

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 2 Views | 7 times | LS: 7.0
Like it? | Support them now!

Inovasi ini dinamakan X-Boat, iaitu sebuah kapal mini yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula seperti batang aiskrim, batang sate, botol plastik, getah, tanah liat, gam gajah dan selotape. Projek ini direka bentuk sebagai satu ciptaan mesra alam yang mampu terapung dan bergerak sendiri di atas permukaan air. Inovasi ini mempunyai kaitan rapat dengan konsep sains, terutamanya topik terapung dan tenggelam, serta tenaga. Untuk memastikan kapal boleh terapung dengan baik, reka bentuk perlu seimbang dan ringan. Selain itu, kapal ini digerakkan menggunakan tenaga kinestetik daripada getah yang dipusing beberapa kali. Apabila dilepaskan, tenaga yang tersimpan dalam getah akan ditukar kepada tenaga gerakan dan menolak kapal ke hadapan. Proses pembinaan X-Boat turut melibatkan kemahiran mengukur dan menyusun struktur secara tepat, sejajar dengan kemahiran saintifik dan reka bentuk. Inovasi ini bukan sahaja menggabungkan ilmu sains dalam bentuk praktikal, malah menggalakkan penggunaan semula bahan buangan, memupuk kreativiti, dan menyokong pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.