ANIS QISTINA BINTI SHA'ARY MRSM JOHOR BAHRU
Produk Cool Jacket ini dihasilkan dengan bertujuan untuk memberikan keselesaan kepada pengguna yang ingin menggayakan jaket dalam cuaca yang panas. Pengguna jaket yang ingin mengikut trend terkini mengalami masalah ketidakselesaan kerana cuaca yang panas. Melalui proses penyelesaian masalah secara inventif , reka bentuk fesyen dan reka bentuk elektrik telah dipilih untuk digabungkan bagi menghasilkan reka bentuk produk Cool Jacket. Cool Jacket direka khas untuk memberikan keselesaan kepada pengguna dalam keadaan cuaca panas atau ketika melakukan aktiviti fizikal yang menghasilkan haba badan berlebihan.Video ini turut memuatkan langkah-langkah menghasilkan produk. Keputusan diperoleh daripada pengujian dan penilaian yang telah dijalankan membuktikan bahawa produk mampu memenuhi objektif asal. Produk ini juga mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna yang telah menguji produk ini . Selain daripada itu, penambahbaikan juga perlu dibuat bagi memperbaiki kelemahan dan memantapkan kualiti produk.