UMAR BUKHARI BIN MOHD NOORZRI SK PENDEK
Isu alam sekitar di peringkat global salah satunya adalah pencemaran plastik (Kalali dan rakan-rakan, 2023). Objektif inovasi ini adalah untuk mengurangkan masalah pembuangan plastik dengan mengaplikasikan botol plastik kepada satu produk insentif iaitu Kipas Zephyra 2.0. Seperti sedia maklum, botol plastik sukar dilupuskan secara semula jadi. Menurut Chen dan rakan-rakan (2021), plastik mengambil masa kira-kira seribu tahun untuk terurai sepenuhnya yang menyebabkan perubahan iklim bumi akibat pembebasan dioksin dan karbon dioksida. Isu masalah projek kami adalah apabila botol minuman plastik kelihatan banyak terbuang di dalam tong sampah selepas murid atau guru membeli di kantin sekolah. Sehubungan itu, peningkatan pembuangan plastik dalam kalangan warga sekolah amat berleluasa. Pakar pencinta alam menegaskan bahawa satu-satunya model pengurusan sisa mampan ialah rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab dalam membuang sampah (Loy dan rakan-rakan, 2023). Oleh sebab itu, kelab STEM sekolah berasa bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini dengan penghasilan sebuah kipas tangan,Kipas Zephyra 2.0 ini yang mana murid mengitar semula botol plastik minuman. Memandangkan keadaan cuaca global yang panas, Kipas Zephyra 2.0 ini diinovasikan menjadi lebih kuat anginnya dan amat bersesuaian untuk digunakan di mana-mana sahaja kerana tidak merbahaya. Sebagai contoh penggunaan di dalam kelas, semasa bekalan elektrik di rumah atau sekolah terputus, semasa berjalan santai di zoo dan sebagainya. Murid juga dapat belajar mengelakkan pembaziran dengan mengamalkan cara memanfaatkan botol plastik selain mengelakkan pencemaran alam sekitar. Murid juga dapat mengaplikasikan pembelajaran berkaitan perubahan tenaga iaitu daripada tenaga kimia kepada tenaga elektrik seterusnya tenaga kinetik. Penambahbaikan bagi Kipas Zephyra 2.0 ini ialah ahli kelab boleh memasarkan kepada warga sekolah atau pengguna melalui media sosial seperti Shoppe, Lazada dan lain-lain.