IRHAMNA FIKRI BIN FADLI FIZARI SEKOLAH TENGKU BUDRIAH
Highway Division: Kit Pembelajaran Matematik merupakan inovasi pembelajaran matematik yang membantu murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 memahami konsep bahagi asas tanpa baki secara konkrit dan menyeronokkan. Inovasi ini menggunakan kereta mainan mini dan kad jalan raya bagi menunjukkan proses pengagihan sama rata melalui aktiviti bermain interaktif. Masalah utama yang diatasi ialah kesukaran murid memahami konsep bahagi yang abstrak. Pelaksanaan inovasi menunjukkan peningkatan kefahaman murid, minat terhadap matematik dan penglibatan aktif semasa pembelajaran. Selain itu, kit ini bersifat kos rendah, mudah digunakan serta sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah, malah di mana-mana sahaja bagi mewujudkan pembelajaran matematik yang lebih bermakna dan efektif.