NURUL AMNI BINTI MOHD BAHROL HAISHAM SM SAINS PASIR PUTEH
Pembangunan aplikasi HaqqLens bertujuan menangani cabaran pelajar Tingkatan 4 dalam memahami dan mengingati topik ajaran sesat dalam subjek Pendidikan Islam. Kaedah pembelajaran konvensional sering gagal menarik minat dan membentuk ingatan jangka panjang. Melalui pendekatan gamifikasi, HaqqLens menyediakan platform kuiz interaktif yang membolehkan pelajar menguji kefahaman serta membezakan antara ajaran sahih dan menyeleweng dengan cara yang dinamik. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan elemen digital yang interaktif bukan sahaja meningkatkan motivasi dan akses kendiri pelajar, malah memperkukuh daya analisis mereka terhadap ancaman ideologi. Hasilnya, HaqqLens berfungsi sebagai alat bantu mengajar yang efektif dalam memelihara akidah generasi muda masa kini.