NIK MUHAMMAD AL FATIH BIN NIK MOHD KHAIRUL RIJAL SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik di punca atau premis merupakan antara penyumbang utama kepada peningkatan sisa ke tapak pelupusan, pencemaran alam sekitar serta mempengaruhi keberkesanan kitar semula. Tujuan : Oleh itu, projek I-BIN (Intelligent Smart Sorting System) telah dibangunkan sebagai satu tong sampah pintar yang menggabungkan teknologi AI dan IoT (AIoT) bagi membantu mengurus dan mengasingkan sampah kitar semula dengan lebih mudah dan berkesan di punca. I-BIN ialah sistem tong pintar bersepadu yang mampu mengasingkan tiga jenis bahan kitar semula, iaitu plastik, kertas dan logam secara automatik. Alat dan bahan :Sistem ini menggunakan ESP32 sebagai pengawal utama, kamera AI untuk mengesan jenis objek, serta teknologi Internet of Things (IoT) bagi merekod dan memantau data sampah. Cara Berfungsi : Pengguna hanya perlu memasukkan sampah ke dalam tong dan sistem akan mengasingkannya secara automatik. Projek ini menyokong pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dengan menggalakkan pengasingan sampah di peringkat isi rumah dan juga premis lain. Selain itu, I-BIN juga menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti menjaga kebersihan komuniti, mengurangkan sisa dan melindungi alam sekitar. Kesimpulannya, I-BIN bukan sekadar tong sampah pintar, tetapi merupakan satu inovasi lestari yang berpotensi meningkatkan amalan kitar semula, membentuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat, serta menyumbang kepada pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, sistematik dan mampan di peringkat nasional dan global.