Nur Aisyah Binti Mohd Fauzan SMK TUN FATIMAH HASHIM
Projek inovasi BioSphere EM bertujuan untuk meningkatkan kualiti air ke tahap yang selamat digunakan bagi tujuan pertanian, perikanan dan peternakan. Masalah pencemaran air telah semakin meningkat dan menyebabkan kekurangan sumber air bersih. Dengan menggunakan BioSphere EM ia dapat merawat sungai-sungai tercemar dengan mengurai bahan pencemar seperti minyak dan besi-besi berat.BioSphere EM berfungsi dengan cara mengurangkan populasi agen patogenik seperti bakteria, virus, protozoa dan cacing parasit di dalam air.Inovasi ini ditambah pokok Azadirachta indica dan pokok Moringa oleifera, pokok neem dan pokok moringa mempunyai kemampuan untuk menyerap bahan logam berat dalam air.BioSphere EM ini membersihkan sungai-sungai dengan cara organik dan mesra alam kerana ia tidak mempunyai sebarang bahan kimia yang berbahaya.Inovasi ini juga menjimatkan kos dan bahan-bahan untuk membuatnya senang untuk dimiliki.Bahan yang diperlukan untuk membuat BioSphereEM ialah EM (effective microorganism) pit moss, pokok Azadirachta indica , pokok Moringa oleifera, pasir dan tanah. Dengan memajukan BioSphereEM kami bertujuan untuk menyumbangkan kepada kelestarian dan mendorong manfaat ekonomi dengan memacu kemajuan ke arah masa depan yang lebih hijau.