NURUL AMALINA BINTI MIOR RAZALI KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR
Produk Tebu Coaster merupakan inovasi produk mesra alam yang dihasilkan daripada hampas tebu sebagai usaha memanfaatkan sisa pertanian menjadi produk bernilai tambah. Pembangunan produk ini bertujuan untuk mengurangkan lambakan sisa pertanian serta menyediakan alternatif yang lebih lestari berbanding produk berasaskan plastik. Tebu Coaster berfungsi sebagai alas bagi peralatan panas untuk melindungi permukaan meja daripada kesan haba. Selain menitikberatkan aspek fungsi, produk ini turut direka dengan konsep moden dan minimalis agar sesuai digunakan dalam kehidupan harian. Penghasilan produk ini juga menyokong amalan kelestarian alam sekitar melalui penggunaan bahan kitar semula yang mesra pengguna serta berpotensi untuk dikomersialkan pada masa hadapan bagi memenuhi keperluan pengguna yang semakin mengutamakan produk hijau.