YS2448: Komik Tanda Seru Salah Tempat

NURUL AISYA BINTI KAMALUDDIN SM SAINS PASIR PUTEH

Komik “Tanda Seru Salah Tempat!” dihasilkan untuk menangani kekeliruan pelajar sekolah rendah dalam penggunaan tanda seru dalam penulisan Bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan komik sebagai alat bantu mengajar yang menggabungkan elemen humor dan dialog mudah difahami. Metode kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan ujian kecil ke atas pelajar Tahun 4 dan 5. Hasil kajian menunjukkan pelajar lebih mudah memahami perbezaan antara ayat biasa dan ayat seruan serta mampu menggunakan tanda seru dengan tepat selepas membaca komik ini. Selain itu, komik mendapat sambutan positif kerana cara penyampaiannya yang menarik dan membantu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran tatabahasa.