MUHAMMAD AIDIEL FIRASH BIN MOHAMAD SYAIFUDDIN SK SUNGAI HAJI MUHAMMAD
Inovasi Jejak Kata dicipta untuk membantu murid memahami topik kata nama bahasa Melayu dengan lebih mudah dan santai. Semasa ujian pra dijalankan, masih terdapat murid keliru penggunaan kata nama yang betul. Set inovasi ini mempunyai tiga bahan iaitu pertama, kad imbas. Murid menggunakan kad imbas untuk mengenali kata nama am dan kata nama khas yang betul. Kedua, bahan permainan inovasi yang membolehkan murid mempelajari kata nama dengan menjawab soalan melalui permainan. Akhir sekali, modul panduan permainan bahasa yang boleh dijalankan oleh guru di dalam kelas untuk memudahkan murid memahami kata nama dengan cara bermain yang menguji minda dan pergerakan murid-murid.