JS291: KIT DIGITAL HAPPY MORNING ROUTINE

MOHAMAD FARIS BIN ABD RAHMAN SK LKTP Bukit Besar

VIC25 | Junior Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 23 times | LS: 23.0
Like it? | Support them now!

Projek Kit Digital Happy Morning Routine dilaksanakan sebagai salah satu langkah bagi meningkatkan keberkesanan program pembangunan sahsiah di bawah unit Bimbingan dan Kaunseling. Melalui kit ini murid diberikan pendedahan mengenai pengurusan penampilan diri dengan lebih menarik dan menyeronokkan. Pendedehan pengurusan diri menggunakan kaedah. Keperluan kit digital ini digital ini diketengahkan bagi meastikan setiap murid diberikan pengetahuan mengurus diri dengan baik terutama murid Tahap 1. Menurut Fatimah (2017), penampilan yang ditunjukkan oleh seseorang amat mempengaruhi pembentukan personaliti individu. Kit digital yang dibina ini mengaplikasikan pelbagai kaedah digital seperti pengguan visual dan infografik yang menarik, gamifikasi, perkongsian video dan animasi yang dapat membantu dan menarik minat murid. Bertitik tolak daripada itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah boleh mengakses kit digital ini menggunakan QR kod atau pautan yang dikongsi menggunakan peranti digital  telefon pintar, tablet dan sebagainya. Oleh hal yang demikan aktiviti kaunseling seperti bimbingan rakan sebaya, bimbingan kelas, aktiviti kaunseling kelompok dan sebagainya dapat dijalankan dengan lebih pragmatik, kreatif dan inovatif.