YS2111: Terapi Penanda Buku (Berasaskan Batang Kantan Dengan Elemen Terapi Bau)

NUR AUNI FARISSHA BINTI MOHAMAD REDZUAN SMK LABU BESAR

VIC25 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 5 Views | 19 times | LS: 19.0
Like it? | Support them now!

Inovasi "Terapi Penanda Buku (Berasaskan Batang Kantan dengan Elemen Terapi Bau)" dibangunkan sebagai satu solusi lestari yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 13) melalui pengurangan sisa pepejal organik dan penambahbaikan keselesaan semasa sesi pembelajaran. Batang kantan, yang kebiasaannya dibuang selepas penggunaan bunga, diolah semula menjadi bahan asas untuk penanda buku yang bukan sahaja mesra alam tetapi turut mengandungi elemen terapi bau.

Proses penghasilan bermula dengan merebus dan mengisar batang kantan, manakala lendir daripada rebusan bendi digunakan sebagai agen pelekat semula jadi bagi membentuk helaian kertas menggunakan acuan. Kertas yang telah dikeringkan dipotong mengikut saiz plastik ziplock dan dititiskan dengan minyak angin beraroma. Reben pula ditambah sebagai elemen hiasan dan tidak menggangu fungsi ziplock pada plastik.

Penanda buku ini bukan sahaja ringan dan praktikal, malah berfungsi sebagai alat terapi bau bagi mengurangkan rasa mengantuk dan sakit kepala tanpa perlu menggunakan minyak secara langsung pada kulit. Plastik ziplock membantu mengekalkan aroma dan membolehkan pengguna menyedut bau dengan hanya dengan melalukan penanda buku di bawah hidung. Inovasi ini menampilkan penggunaan bahan buangan secara kreatif, berkos rendah dan menawarkan penggunaan yang mudah kepada pengguna.