DHANALAKSHMII A/P VAYAPURI SMK METHODIST TANJONG MALIM
Inovasi kumpulan kami merupakan Sabun Aroma semula jadi yang dinamakan “IQ MAS”. “IQ MAS” adalah singkatan bagi perkataan “Intelligence Quotient Mulberry Aroma Soap” yang diformulasikan menggunakan Daun Mulberry, Daun Oregano,minyak kelapa tulen. Daun Mulberry dikenalpasti mengandungi sebatian bioaktif seperti antioksidan serta anti imflamantory yang berpotensi merangsang fungsi kongnitif pelajar. Sabun Aroma “IQ MAS” bukan sahaja bertindak sebagai pembersih badan yang mesra alam tetapi menyasarkan peningkatan keupayaan minda melalui penyedutan aroma daripada daun-daun semula jadi yang digunakan untuk memproses Sabun Aroma “IQ MAS”.
Penggunanaan sabun ini dapat menunjukkan peningkatan dalam daya fokus dan prestasi dalam ujian kognitif selepas penggunaan berterusan selama empat minggu. Inovasi ini menggabungkan elemen sains botani, aromaterapi dan teknologi penjagaan diri untuk menyokong pembangunan potensi pelajar secara holistik. Selain itu sabun ini dirancang untuk menyerap melalui kulit bahan aktif seperti ekstrak ginkgo, biloba daripda daun Oregano , antioksida dan anti imflamantory daripada daun mulberry , minyak pati rosemary daripada minyak kelapa tulen dan magnesium yang telah dikaitkan dengan peningkatan fokus dan daya ingatan terutama di kalangan pelajar sekolah menengah. Selain itu, bahan yang digunakan untuk memproses “IQ MAS” adalah 99% bahan herba dan hanya mempunyai 1% campuran bahan kimia.
Sabun “IQ MAS” berpotensi menjadi alternatif sokongan pendidikan yang berkesan kepada pelajar sekolah.