YS400: BIOCHROME

Karmilla Qaisara Binti Faisal Akmal SMK GOMBAK SETIA

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.2034 | 12 Likes | 59 Views | 3 times | LS: 17.4
Like it? | Support them now!

Projek Biochrome -Pewarna Makanan Semula Jadi Berasaskan Buah dan Sayuran dibangunkan bagi menangani masalah penggunaan pewarna makanan kimia sintetik yang masih berleluasa di kedai makanan kecil dan industri makanan, yang boleh menyebabkan risiko kesihatan seperti alahan, gangguan sistem pencernaan serta kesan sampingan jangka panjang. Sekiranya tidak ditangani, ia boleh mengakibatkan peningkatan masalah kesihatan dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak. Bagi mengatasi isu ini, projek ini menghasilkan pewarna makanan yang lebih selamat dan bebas bahan kimia berbahaya dengan menggunakan bahan semula jadi seperti daun pandan, labu, buah strawberi, buah naga dan bunga telang yang mudah diperoleh. Biochrome dapat dihasilkan dengan kaedah yang mudah serta kos rendah untuk menghasilkan pewarna makanan sendiri, di samping memberi panduan bagi mengekalkan kestabilan warna. Penghasilan Biochrome melibatkan proses pengekstrakan bahan semula jadi dan ujian pH untuk mengesan kestabilan warna dalam makanan, manakala data diperoleh melalui pemerhatian, rekod eksperimen dan jadual perbandingan suhu. Sekiranya berlaku perubahan pH atau suhu yang menjejaskan warna, ia mencadangkan penambahan bahan semula jadi tertentu seperti jus lemon bagi menstabilkan warna yang dihasilkan. Projek ini mempunyai kelebihan kerana tidak mengandungi bahan kimia berbahaya, menggunakan bahan tempatan yang mudah diperoleh serta lebih mesra alam. Selain itu, inovasi ini turut membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan penggunaan bahan semula jadi dalam makanan. Secara keseluruhannya, inovasi ini dapat mengurangkan risiko kesihatan dan menyokong amalan pemakanan yang lebih sihat.