MOHAMAD AERON ASYRAFF BIN MOHAMAD AIDI KOLEJ VOKASIONAL IPOH
BinaTrack 1.0 merupakan satu inovasi bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ini dibangunkan bagi meningkatkan keberkesanan penguasaan kompetensi pelajar dalam topik Menyelaras Jentera di Tapak Bina bagi Modul Penyeliaan Pembinaan Bangunan. Topik ini memerlukan pelajar memahami pemilihan, penyelarasan, penjadualan dan pemantauan penggunaan jentera pembinaan secara sistematik bagi memastikan kelancaran operasi, keselamatan serta produktiviti di tapak bina. Namun, proses pembelajaran secara konvensional sering menghadapi kekangan dari aspek visualisasi situasi sebenar tapak pembinaan, keterlibatan pelajar dan kefahaman terhadap koordinasi pelbagai jenis jentera. Sehubungan itu, satu bahan PdP inovatif yang mengintegrasikan elemen pembelajaran interaktif, simulasi pengurusan jentera, aktiviti berasaskan senario dan penilaian kendiri telah dibangunkan. Bahan ini membolehkan pelajar meneroka situasi sebenar penyelarasan jentera seperti kren, jengkaut, pemadat dan lori pengangkut melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Penggunaan elemen visual dan latihan interaktif turut membantu meningkatkan pemahaman konsep serta kemahiran membuat keputusan dalam pengurusan operasi tapak bina.