MAYA MARISSA BINTI MOHD SAUFI SK ISKANDAR PERDANA
Project Based Learning (PBL) Bendang Rembayung SKIPpers ini merupakan satu inisiatif pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar yang memberi peluang kepada murid prasekolah memahami proses penanaman padi secara holistik daripada peringkat penyemaian sehingga penuaian. Projek ini berjaya meningkatkan minat murid terhadap alam sekitar, pertanian dan pembelajaran kontekstual melalui aktiviti hands-on yang menyeronokkan. Selain itu, inovasi ini turut membentuk kemahiran komunikasi, kerjasama, kreativiti dan penyelesaian masalah dalam kalangan murid. Penggunaan elemen digital, inovasi STEM dan aktiviti keusahawanan kecil menjadikan pembelajaran lebih bermakna serta meningkatkan keyakinan diri murid. Secara tidak langsung, projek ini melahirkan generasi anak-anak cilik yang berilmu, berakhlak, kreatif dan menghargai sumber makanan negara.