PR868: SmartExam Attendance System (SEAS)

ROZIAH BINTI CHE EMBI KOLEJ POLY-TECH MARA BANGI

VIC26 | Professional

CR: 0.0000 | 0 Likes | 7 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Pengurusan kehadiran pelajar semasa peperiksaan akhir memerlukan sistem yang cekap dan berintegriti tinggi, disebabakan oleh kaedah manual didapati tidak efisien serta terdedah kepada kesilapan. Kajian ini mencadangkan pembangunan SmartExam Attendance System (SEAS) yang menggunakan teknologi RFID, kod QR, atau NFC untuk merekod kehadiran pelajar secara automatik melalui imbasan kad. Sistem ini merangkumi fungsi pemantauan masa nyata, pengesahan identiti, dan penjanaan laporan automatik. Pendekatan ini selaras dengan prinsip Revolusi Industri 4.0 yang menekankan integrasi teknologi IoT (Internet of Things) dan sistem berasaskan data. Pelaksanaan sistem ini berpotensi meningkatkan ketepatan data, menjimatkan masa, serta menyokong pembangunan Kampus Pintar.