Dhaniyah Nabilia Binti Zainudin MRSM Tun Ghafar Baba
Tahukah anda, rakyat Malaysia membuang sebanyak 36,699 tan sampah setiap hari dan 45 peratus daripadanya sisa makanan. Ini bermakna, setiap rakyat Malaysia membuang sebanyak 1.17 kg sisa pepejal secara purata. Peojek ini bertujuan menghasilkan alternatif peralatan makan mesra alam dengan menggunaka. sumber sisa organik seperti kulit pisang dan sisa makanan lain. Melalui konsep pemprosesan sisa makanan menjadi bahan bioplastik, projek ini memfokuskan kepada pembuatan sudu, garfu, pisau dan seumpanya menggunakan bahan yang dihasilkan daripada kulit pisang terbuang. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan jumlah sisa maknan yang berakhir di tapak pelupusan , malah menyediakan alternatif yang mampan kepada peralatan makan plastik sekali guna. Hasil penyelidikan diharapkan dapat membantu mengatasi pencemaran plastik melalui penggunaan bahan bioplastik yang boleh terbiodegradasi secara semula jadi dan seterusnya menyumbang kepada kelestarian alam sekitar. Dengan demikian, inisiatif ini dapat memperkukuhkan smalan pengurusan sisa makanan serta mempromosikan kesedaran terhadap pentingnya inovasi mesra alam dalam menghadapi cabaran alam sekitar global.