ANUSHKA A/P SUPPRAMANAIM SMK TELOK KUMBAR
Projek EcoPure Tumbler merupakan satu inovasi mesra alam yang direka untuk menggalakkan penggunaan bekas minuman boleh guna semula bagi mengurangkan pencemaran plastik. Tumbler ini dihasilkan dengan reka bentuk praktikal, mudah dibawa dan sesuai digunakan dalam kehidupan harian. Selain membantu menjaga kebersihan alam sekitar, projek ini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula dan gaya hidup lestari. Projek ini sesuai digunakan oleh semua peringkat umur kerana bersifat mudah digunakan, tahan lama dan mesra pengguna.