Ayra Zulaikha Binti Azizulmalik SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT
Projek inovasi Eco-Trap 5 (Penapis Minyak Sabut Bestari) merupakan sistem penapisan minyak masak mesra alam yang direka khusus untuk kegunaan di kantin sekolah , pasar malam , kedai makan kecil atau dapur domestik. Projek ini menggunakan bahan kitar semula seperti jaring,sabut kelapa, arang dan bekas plastik terpakai untuk menyelesaikan isu sinki dan longkang tersumbat. Ianya mudah dibuat oleh pelajar sendiri mahu pun ibu ayah dirumah. Produk ini dapat menjaga kebersihan longkang seterusnya sungai kita dr pencemaran minyak.