ARIESYA AFRINA BINTI AHMAD FAUZY SANI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN) TELUK INTAN
BioBloom Base ialah inovasi span bunga mesra alam yang diperbuat daripada cocopeat iaitu bahan organik dari sabut kelapa. Cocopeat diproses menjadi span mampat yang mampu mengekalkan kelembapan dan menyokong batang bunga dengan kukuh. BioBloom Base menjadi alternatif kepada span bunga yang sukar terurai. Ia dapat memanfaatkan bahan buangan pertanian. Inovasi ini sesuai untuk industri gubahan bunga selaras dengan amalan dan kelestarian hijau.