ST1344: Super Feeder For Free Range Poultry

SYAFIQ QAYYUM BIN SAZALI KOLEJ VOKASIONAL (PERTANIAN)TELUK INTAN

Projek ini merupakan satu inovasi dalam bidang penternakan poltri yang memperkenalkan sistem tempat makanan semi-automatik berasaskan pemijak, khusus untuk ternakan poltri lepas bebas. Sistem ini membolehkan penutup bekas makanan terbuka hanya apabila ternakan poltri memijak platform khas, dan akan tertutup semula secara automatik selepas penggunaan. Reka bentuk ini bertujuan mengurangkan pembaziran makanan, mencegah pencemaran, dan mengekalkan kebersihan makanan tanpa memerlukan penggunaan elektrik. Inovasi ini bukan sahaja menjimatkan kos, malah sesuai untuk penternak berskala kecil hingga sederhana. Produk ini diharap dapat menyumbang ke arah sistem pengurusan makanan poltri yang lebih cekap, bersih dan lestari.