YS1521: AI SMART COLOR DETECTION BOX

GARVIN LEE TONG LE SMK DATO' PENGGAWA BARAT

VIC26 | Young Scientist

CR: 0.0000 | 0 Likes | 4 Views | 1 times | LS: 1.0
Like it? | Support them now!

Perkembangan Revolusi 4.0 menekankan penggunaan teknologi dalam pendidikan dan automasi industri. Masalah semasa ialah proses pengesanan warna masih dilakukan secara manual, yang boleh menyebabkan kesilapan dan kurang efisien. Projek ini bertujuan membangunkan Smart Color Detection Box yang mampu mengesan lima warna iaitu merah, biru, hijau, kuning dan hitam secara automatik. Kaedah pembangunan melibatkan penggunaan sensor warna TCS3200, Arduino Uno, paparan LCD, serta LED sebagai indikator visual. Sistem ini berfungsi dengan membaca nilai RGB dari kad warna yang dimasukkan ke dalam kotak, seterusnya memaparkan nama warna pada LCD dan menyalakan LED yang sepadan. Produk inovasi ini menjimatkan masa, meningkatkan ketepatan pengesanan, mudah digunakan, dan kos rendah, sesuai untuk aplikasi pendidikan serta automasi industri. Cadangan masa depan termasuk penambahan pengesanan lebih banyak warna dan integrasi sistem statistik warna untuk tujuan pembelajaran dan pengurusan data.