JS2087: DuriPlanet

AKIF ZAFRY BIN MOHD ZAMRI SEKOLAH RENDAH ISLAM AL AMIN KERAMAT

Kelestarian untuk Alam Sekitar dari Alam Sekitar memfokuskan kepada penggunaan semula sisa kulit durian bagi menghasilkan filamen pencetak 3D yang mesra alam. Di Malaysia, kulit durian sering dibuang sebagai sisa pepejal yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar, bau yang tidak menyenangkan, serta pembaziran sumber semula jadi. Oleh itu, projek ini bertujuan menukarkan sisa tersebut kepada bahan yang berguna melalui teknologi pembuatan moden. Metodologi projek melibatkan pengumpulan, pembersihan dan pengeringan kulit durian sebelum dikisar menjadi serbuk. Serbuk ini kemudian dicampurkan dengan plastik polylactic acid (PLA) dan diproses menggunakan mesin extruder bagi menghasilkan filamen yang boleh digunakan dalam pencetak 3D. Hasil projek menunjukkan bahawa filamen berasaskan kulit durian boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk seperti cenderahati dan bahan pembungkusan. Projek ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) khususnya penggunaan sumber secara bertanggungjawab dan perlindungan alam sekitar, sekali gus menunjukkan potensi komersial bahan inovasi berasaskan sisa pertanian.