NUR AZZALEA BINTI MAT ARIS SM AGAMA MAARIF
Alat pengesan gas karbon monoksida (CO) yang dibangunkan ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pengguna kenderaan dengan memberi amaran awal tentang kehadiran gas karbon monoksida yang berbahaya. Gas CO adalah gas tanpa warna, bau, dan rasa yang boleh menyebabkan keracunan serta kematian jika terdedah dalam jangka masa panjang. Sistem pengesan ini menggunakan sensor elektro-kimia (MQ 7) yang dapat mengesan kepekatan CO di dalam kenderaan dan memberi amaran kepada pemandu melalui isyarat bunyi apabila paras gas melebihi tahap yang ditetapkan. Kajian ini menunjukkan bahawa alat pengesan ini dapat mengurangkan kes keracunan CO dalam kalangan pengguna kenderaan.
Kata kunci: gas karbon moksida, keracunan gas karbon monoksida