DANIEL DOEL ANAK DOBAT SMK PENRISSEN
BURUNG TILIK JBU
DANIEL DOEL ANAK DOBAT
FATHYA BINTI ABDULLAH
JOSE AUBREY ANAK JOSIN
GURU PEMBIMBING:CIKGU NURNADIA IZZATIE BINTI ALIAS
Permainan "Burung Tilik" adalah satu inovasi dalam pendidikan Sains yang direka untuk membantu pelajar Tingkatan 4 memahami konsep Jadual Berkala Unsur. Melalui penggunaan kertas sebagai alat utama, permainan ini melibatkan pelajar dalam aktiviti interaktif yang memerlukan mereka mengenal pasti dan mengklasifikasikan unsur-unsur dengan tepat. Sehelai kertas dilipat mengikut lipatan origami dan di dalamnya diletakkan nombor soalan dan soalan berkaitan tajuk Jadual Berkala Unsur. Murid akan mengeja ejaan bagi unsur yang telah dicabut oleh pemain dan meminta seorang lagi pemain memilih nombor yang terhenti pada ejaan yang terakhir. Di dalam nombor tersebut diletakkan soalan bagi mengetahui pemahaman murid bagi tajuk yang Jadual Berkala Unsur. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan permainan ini dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap Jadual Berkala. Permainan ringkas ini berjaya menarik minat pelajar serta meningkatkan tahap pemahaman mereka tentang unsur-unsur. Kesimpulannya, permainan "Burung Tilik" menawarkan pendekatan yang efektif dan menyeronokkan dalam pengajaran Sains, dengan potensi untuk diperluaskan penggunaannya dalam pendidikan.