SS2463: GAMIFIKASI: DURIO YANG SOMBONG

ARLIANAH DZUNAIDDE Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn

Inovasi Gamifikasi: Durio yang Sombong merupakan bahan bantu mengajar digital interaktif yang dibangunkan bagi meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam penguasaan Bahasa Melayu. Projek ini dihasilkan menggunakan aplikasi percuma seperti Genially, Canva dan penjana imej AI untuk mencipta visual yang menarik, realistik dan bersifat naratif. Elemen gamifikasi dimasukkan dalam bentuk kuiz, teka silang kata dan cabaran interaktif yang menyeronokkan, selari dengan minat murid abad ke-21. Pedagogi “Pembelajaran Terbeza”  telah diintegrasikan ke dalam kandungan untuk menyesuaikan aktiviti dengan tahap kebolehan murid yang berbeza. Ini termasuk pendekatan visual, kinestetik dan audio bagi menyokong gaya pembelajaran individu. Inovasi ini boleh diakses melalui pelbagai peranti dan mudah dikongsi melalui platform digital seperti WhatsApp dan Telegram. Secara keseluruhan, bahan ini mampu menyokong pembelajaran yang bersifat imersif, menyeronokkan dan inklusif, sejajar dengan matlamat Pembelajaran Abad Ke-21.