ANGEL TEH SMK DATO' PENGGAWA BARAT
Eco Novus-Bin merupakan inovasi tong sampah pintar yang dibangunkan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa di sekolah dan tempat awam. Sistem ini menggunakan sensor automatik untuk membuka penutup tanpa sentuhan serta mengesan jenis sisa untuk pengasingan antara sisa basah dan kering menggunakan motor servo. Selain itu, sensor pengukuran jisim digunakan untuk memantau kapasiti tong dan mengaktifkan penggera apabila tong penuh. Inovasi ini menggabungkan pelbagai teknologi pintar dalam satu sistem yang praktikal, sekali gus membantu meningkatkan kebersihan, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menggalakkan amalan kitar semula. Eco Novus-Bin juga mempunyai potensi tinggi untuk dikomersialkan sebagai sistem pengurusan sisa moden dan lestari.